Pertahanan Mutlak

Pertahanan Mutlak (bahasa Inggeris: Total Defencecode: en is deprecated ) adalah konsep pertahanan negara Singapura yang melibatkan segenap masyarakat republik itu berdasarkan bahawa setiap aspek masyarakat menyumbang kepada pertahanan segenap negara.Konsep ini mula diperkenalkan pada tahun 1984 dan diterima pakai daripada strategi pertahanan negara Sweden dan Switzerland. Mula-mula, ia terdiri daripada lima prinsip utama, iaitu ketenteraan, sivil, ekonomi, sosial dan psikologi, dengan yang keenam, iaitu digital diperkenalkan pada 2019. Strategi ini diperkuatkan oleh slogan pemerintah (kerajaan), iaitu There's A Part For Everyone (segenap rakyat memainkan peranan), dengan lagu patriotik yang sesuai dinamakan sempena slogan itu sebaik sahaja diperkenalkan.Hari Pertahanan Mutlak disambut pada 15 Februari setiap tahun, iaitu hari kejatuhan Singapura di tangan Jepun pada tahun 1942 semasa Perang Dunia Kedua

Rujukan

WikiPedia: Pertahanan Mutlak https://govinsider.asia/digital-gov/cyberark-build... https://www.asiaone.com/singapore/big-winners-tota... https://www.asiaone.com/singapore/first-ever-redes... https://www.bangkokpost.com/opinion/opinion/171789... https://www.channelnewsasia.com/news/cybersecurity... https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/cor... https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/job... https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/sig... https://opengovasia.com/mr-iswaran-launches-digita... https://www.straitstimes.com/business/economy/no-a...